Kadang-kadang rasa geram dan marah itu mudah keluar dari diri.

Terutama bila berhadapan dengan orang yang menjengkelkan, orang yang susah di bawa berunding dan orang yang mempunyai agenda tersendiri. Saya rasa jika saya marah, meletup dan sebagainya ia adalah justified.

Saya mahu marah. Sebab saya geram.

Bila masalah datang disebabkan jemputan orang. Bila masalah datang disebabkan orang yang bebal.

Tetapi, bila saya sedar yang sebenarnya bersabar menahan marah itu adalah mudah.

Saya cuba menarik nafas dan memendam perasaan marah itu.

Biarlah Allah uji sabar kita dengan marah, dari Allah uji sabar kita dengan kesengsaraan.

Sabar dengan marah dan sabar dengan kesengsaraan, yang mana lebih mudah?

Yang mana satu ujian pilihan anda jika diberi pilihan?

Ya Allah, Kau pandulah hatiku ini dan kuatkanlah kesabaran Ku. Mungkin aku terpaksa mengetap gigi atau duduk atau mengambil beberapa minit untuk memujuk hati ini, tapi berikanlah aku kesabaran dalam mengawal marah. Janganlah Kau uji aku dengan kesengsaraan atau dengan ujian yang tidak mampu aku tanggung.

Kita perlu sabar dalam hidup. Dan Allah akan melatih kita untuk sabar.

Jika anda tidak boleh sabar dengan marah, Allah mungkin menguji anda sabar dengan kesengsaraan pula.

Learn Fast.

Sabri