Sehari sebelum cuti sekolah bermula, Ali dan Abu berbual mengenai rancangan mereka ketika cuti sekolah nanti.

Ali: Aku kena sunat cuti sekolah nanti. Ayah aku cakap tak sunat, tak boleh kahwin. Aku dah besar.

Abu: Sebenarnya, aku pun sama. Dalam kelas kita (6 Arif) ni, kita 2 je yang belum sunat lagi. Tapi boring la cuti ni. Azman cakap lepas sunat kena baring je sepanjang cuti. Kalau tak nanti bentan, bengkak. Boleh putus!

Ali: Tu aku takut tu. Tahun lepas ayah aku dah bawak pergi sunat ramai2, tapi sebelum turn aku, budak depan aku tu lari, dia cakap pisau tok mudim besar macam gergaji, lepas tu ada banyak darah dekat baju tok mudim. Aku pun larilah sama, lepas tu sembunyi dekat tepi sawah. Petang baru balik rumah.

Abu: haha.. Abang aku cakap, time paling sakit bukan time sunat, tapi time lepas sunat. Waktu bius habis. Waktu kalau bengkak, pergh. Tak yah cerita. Kawan abang aku siap kena masuk wad!

Ali: Ye ke? Kawan sepupu aku, ayah dia, pakcik dia & abang dia kena pegang dia time sunat takut dia lari. Time sunat tu sebab sakit sangat dia jerit sampai hilang suara. Lepas tu dia pengsan.

Ok, you got the gist. Ali dan Abu saling menakutkan diri masing-masing mengenai sakit dan deritanya bersunat ni.

Sedar tak sedar, manusia selalu buat benda ni dalam kehidupan sehari. Bila dengar apa-apa cerita, ada jenis orang yang gelabah dan akan menambahkan gelabah orang lain. Itu tak apa, bayangkan ada beberapa orang lagi dalam kumpulan tu yang cepat melompat, jadilah saling gelabah menggelabahkan.

Bila saya dengan sekumpulan kawan saya yang tenang, saya dikenali sebagai seorang yang cepat nervous dan gelabah.

Tapi bila bersama dengan sekumpulan kawan saya yang gelabah dan cepat melompat, saya jadi sebaliknya pula.

Saya tak rasa saya buat sesuatu yang lain sangat. Cuma kadang-kadang memang kita ada jenis kawan-kawan yang lain sifatnya.

Cuma saya notice, memang ada orang ada penyakit nervousitis dan melompatitis. Penyakit nervous dan melompat yang berjangkit. Bila kumpulan anda terkena wabak ini, keep a calm and steady head. Sebab kalau asyik saling takut menakutkan, satu kerja pun tak akan jalan. Tak boleh jalan. Sebab semua akan nampak susah. Kenapa susah? Sebab minda kita dah terfokus on the problem. Sebagai jalan keluar, focus back on the solution. Biarlah masalah tu besar macam mana sekali pun, bila kita fokus pada solution, barulah ada progress. Barulah sikit demi sedikit selesai problem tu.

Step up and be counted. Itu ubat dia.

Duduk di meja saling psiko menyaiko and passing-passing blame tak jadi.

The nearer the deadline, the more focused on the deliverable team should be. Don’t focus on the negativity.

Macam kes budak bersunat kat atas tu. Kalau berterusan 1up each other nak berkongsi dialah paling tahu pasal sakit bersunat, mau lari dari rumah malam tu jugak diorang sebab tak nak kena sunat.

Fikir-fikirkan. 🙂