Ini port tengahari saya ketika di SABS. Sampai sekolah pukul 12, makan cendol campur tak nak kacang dulu sebelum masuk.

  
Kalau pergi awal sekolah (sebab naik main Red Alert LAN dekat cyber cafe) makan cendol pulut, kira lunch. Pakcik yang sama masih Jual cendol, cuma bezanya dulu guna tangan sekarang dah pakai generator. Dulu kerusi sikit je (duduk atas tebing majoritinya) sekarang ada dalam 10. Dan sekarang pakcik ni dah ada assistant.

Rasa cendol tu?

Nostalgik. Takdelah sedap macam cendol Wahab di KL, tapi meet the purposelah.