Saya tertarik dengan kata-kata Azizulhasni Awang, pelumba basikal negara yang memenangi gangsa di Sukan Olimpik Rio, apabila ditanya mengenai perasaannya ketika memenangi gangsa.

“Saya sedih, tetapi saya bersyukur.”

Tepat sekali apa yang dikatakannya perasaan yang beberapa kali saya alami tetapi sukar untuk dijelaskan apa.

Ya, beliau mengimpikan emas. Beliau berusaha untuk emas. Namun, saingannnya bukan calang-calang.

Dalam hidup ini, kita impikan kita akan menang semua pertandingan, dapat semua yang dicitakan. Tetapi adakalanya, ada hari yang bukan hari kita. Kita menang, tapi bukan hadiah utama.

Mungkin Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita di kemudian hari.