Alhamdulillah, setelah dua tahun memasang niat akhirnya saya dijemput sekali lagi untuk menjadi tetamuNya. Mode umrah kali ini saya sendiri tidak jangka, kerana mulanya saya mahu melakukannya secara DIY.

Namun kerana kesulitan dengan visa dan saya tidak mahu lagi memanjangkan tempoh uncertainty tersebut, saya terus mendaftarkan diri dengan Al Quds Travel. Alhamdulillah ada hikmahnya. Kebetulan sekali, saya akan pergi dengan rombongan dari Pahang juga.

Dalam jangkaan saya, umrah adalah satu aktiviti yang private dan personal. Seperti mana umrah #1 saya. Lebih masa untuk refleksi, muhasabah dan munajat semata-mata kepadaNya. Adalah sengih-sengih dan berbual sedikit dengan jemaah trip yang sama, namun secara majoritinya saya lebih banyak menyendiri.

Saya ingatkan umrah #2 ini pun akan begitu juga. Namun perancangan Allah lebih lagi. Saya tidak pasti apakah hikmah dari trip umrah #2 ini, namun I look forward for it. Saya dapat rasakan camaraderie yang akan wujud itu. Namun begitu sebagai seorang introvert, saya tak expect akan bergaul banyak. Masih menyendiri, namun ada lebih attachment kepada group. Mungkin ada sesuatu yang Allah mahu saya sumbangkan kepada group ini. Majoriti adalah golongan warga emas, cuma mungkin ada 3 lagi pasangan yang lebih kurang baya saya dan isteri.

Jika umrah #1 alhamdulillah dapat saya kelaskan sebagai sempadan iman saya, dan jadi satu medan pembersihan diri dari keruh kepada yang lebih jernih, saya banyak berfikir sejak beberapa bulan lepas, apa yang saya mahu dan apa maknanya umrah #2 ini untuk saya.

Berdasarkan apa yang saya tebakkan, agak sukar untuk lawan level penjernihan umrah #1 kerana alhamdulillah saya rasa saya telah menjadi hamba yang lebih baik selepas umrah #1.

Hasrat saya agar umrah #1 ini dapat meneruskan penjernihan tersebut, semoga saya dapat menjadi seorang yang lebih betul-betul jernih selepas ini dan yang lebih penting adalah mengenai harapan yang saya bawa dan saya mahu dari umrah #1.

Jika dalam umrah #1, it’s about diri saya, dalam umrah #2 ini saya banyak bermisikan usaha untuk mengubah orang-orang disekeliling dan yang berinteraksi dengan saya. Ini satu cabaran berbeza.

Setelah saya fikir-fikir dan renungkan (lagi-lagi setelah bertugas di Iraq ni), kebanyakan masalah yang saya hadapi di dunia ini adalah dari manusia sebenarnya. Circumstances ataupun isu, secara relatifnya tidak besar. Tetapi cara manusia-manusia handle isu tersebut yang menyebabkan saya bermasalah. Jadi antara tujuan saya mengerjakan umrah #2 ini adalah antaranya untuk memohon kepada Allah supaya manusia-manusia ini, sesiapa sahaja, janganlah menyusahkan saya. Pulihkan dan rawatlah sifat dan sikap manusia-manusia ini supaya mereka tidak cenderung untuk menyusahkan manusia-manusia lain. Supaya kami semua dapat hidup aman damai, rukun dan bahagia.

Di samping itu, saya ingin jadikan umrah #2 ini sebagai hadiah dan tanda kesyukuran dari saya sebagai hambaNya. Limpah nikmat yang diberikan kepada saya sejak umrah #1 adalah lebih baik dari jangkaan. Doa-doa yang dimakbulkan, rezeki yang diberikan dan kehidupan yang saya rasa diberkati. Saya mahu jadi hambaNya yang bersyukur supaya nikmat-nikmat ini tidak terhenti malah ditambah-tambah lagi.

Inilah yang saya bawa. Agak sukar, tetapi sebab itulah saya mahu pergi umrah #2 ini. Untuk dapat suntikan semangat, kekuatan dan juga untuk mengadu dan bermunajat betul-betul. Jika ketika umrah #1 dulu, push factornya adalah situasi diri saya ketika itu, untuk umrah #2 ini, push factornya adalah manusia, stakeholder-stakeholder yang berinteraksi dengan saya dalam kelangsungan hidup seharian.

Jadi ada progression di situ. Pertamanya mengenai diri sendiri, sekarang mengenai manusia dan masyarakat sekeliling.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri

Ar-Ra’D:1

Nak ubah manusia ni sukar dan merupakan satu jalan yang mengundang kekecewaan, namun kerana saya menyedari betapa sukarnya jalan ini, sebab itulah saya terpanggil untuk umrah #2. I need divine intervention. Saya percaya, tidak ada apa yang mustahil dengan bantuanNya.

Ya Allah, berkatilah dan rahmatilah niat dan perjalananku ini. Jadikan aku dan isteri sebagai tetamuMu yang paling istimewa Ya Allah.