Dalam siri #Kayangan lepas, saya telah menulis hampir semuanya mengenai hidup saya, termasuklah beberapa bahagian yang belum pernah saya tuliskan di sini sebelum ini. Plugging the hole menutup buku untuk period 20-an hidup saya.

Setelah meluahkan semuanya, saya rasa lebih relax dan tenang. Ada perkara yang terbuku setelah sekian lama, akhirnya tertulis. Ia memberi saya clarity.

Namun, tidak saya sangka baru sahaja saya menutup period 20-an hidup saya, tiba-tiba datang ujian seolah-olah saya ter-“advance” pula. Hingga seperti terlebih tutup pula.

It’s a story for another day or another year, perhaps.

Sekarang setiap hari saya ada aktiviti baru untuk dilakukan. Sesi mengaji secara video-call dengan emak saya.

Aktiviti biasa seorang pesara adalah menghadiri kelas mengaji. Emak saya pula, bila beliau suka buat sesuatu tu, beliau memang passionate. Jadi, beliau ada 2-3 group mengaji (sebelum PKP face to face, lepas PKP, online).

Pada waktu malam sebelum ini, beliau ada group mengaji dengan makcik dan pakcik saya. Selepas itu timbul idea beliau untuk buat kelas mengaji untuk anak-anak beliau pula.

Idea tu telah disuarakan beberapa bulan lepas sebenarnya. Tapi kami masing-masing buat tak nampak, dan tukar topik. Haha.. Pengalaman belajar membaca waktu kecik dulu, masing-masing tak lupa kot.

Emak seorang guru yang garang. Masing-masing ada rasa berat sikit nak memulakan kelas tersebut.

Namun, seperti biasa. Mak always wins. Ada cara beliau untuk memastikan kami menyertai kelas beliau. haha…

Jadi sekarang, hampir setiap hari kami akan online untuk mengaji dengan mak.

But it is not as bad as I think it will be. Actually seronok jugak kelas mengaji dengan mak ni. Mula-mula memang rasa terpaksa, tetapi sekarang I am looking forward for it. Adik beradik saya yang lain biasa mereka mengaji di antara Maghrib dan Isyak, atau selepas Isyak jika emak pergi masjid. Saya pula depends. Jika di Iraq, masa yang paling sesuai sebelum 7 pagi Iraq (tengah hari Malaysia) ataupun mungkin pukul 4 ptg (lepas isyak) macam tu jika tidak sibuk.

Emak masih tidak sabar macam dulu untuk membetulkan bacaan kami, tapi saya dah faham dah style mak. Jadi fokus dengan bacaan kita je. Siapa sangka, kelas mengaji boleh jadi relaxing dan seronok.

I look forward to do this for the rest of my life actually. Diharapkan emak dan kami semua terus diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang so that we can do this for many more years to come.

Join Me in My Quest
To live, learn & spread the love in this world.
Will share with you tips, updates & latest books recommendation.