Assalamualaikum Adik,
Tahun lepas ketika darjah 5, adik rasa adik on top of the world. Kenang dan bersyukur untuk momen-momen dalam hidup seperti itu. Minggu lepas pula, adik baru menerima keputusan UPSR adik. Keputusan tersebut lebih teruk dari expectation semua orang termasuk adik sendiri. Mesti adik tertanya-tanya, kenapa cepat sangat keputusan berubah dalam tempoh setahun? Apa salah adik sedangkan adik buat benda yang sama sahaja.
Adik sedang kecewa. Adik rasa semua orang menyalahkan adik dan buat adik rasa bodoh dan tak berguna. Orang yang adik sepatutnya back-up adik pun, tambah mendera emosi adik. This is the lowest point in your life so far.
Sort of betul. Akan ada kegagalan di masa depan, tetapi dari segi tempoh berduka dan helplessness tu, ini yang paling teruk. Bersabarlah adik, sikit sahaja lagi. Perasaan down ni akan berterusan bila adik tau adik kena masuk kelas D waktu Form 1, dan bila nasihat yang diberi pada adik dan saudara yang akan ambil UPSR selepas itu, “jangan jadi macam abang ayie”.
Secepat mana kejatuhan itu terjadi, secepat itulah adik berjaya turn it around. Adik sendiri akan terkejut, ketika di Tingkatan 2 nanti adik akan kembali cemerlang. Rupanya banyak orang yang dapat 5A tu, nasib sahaja, bukan sebab mereka pandai. Macam adik, mereka pun tak tahu apa yang mereka buat sampai dapat 5A, cuma nasib adik malang sikit. Adik tak tahu apa yang adik buat, cuma dapat 3A.
Ada beberapa pesanan:
- Waktu tingkatan 1 nanti adalah waktu genting. Kawan-kawan yang kita pilih akan menentukan direction hidup adik. Pilih kawan yang salah, adik akan terus ke bawah dan tidak naik lagi. Pilih kawan yang betul, adik akan bangkit semula dengan pantas.
- Cari dan maintain kawan dengan orang yang baik. Try tackle awek cina depan meja tu, bagi confident sikit. Awek melayu cun (dan juga yang tak berapa cun) jual mahal takpe, diorang sekarang memang tak pandang budak nerd. Nanti bila diorang dah besar sikit, diorang akan mula pay attention. Don’t settle for less, just belajar cakap-cakap dengan perempuan dengan confident, tanpa jatuh cinta.
- Kegagalan time UPSR ni adalah blessing in disguise. Lepas ni study skills adik akan improve tremendously. Adik akan lebih self-aware dengan kekuatan dan kelemahan diri. Adik akan pandai merancang cara belajar. Adik mula membaca buku-buku self-help. Semua ini adalah bekalan untuk menghadapi zaman remaja yang lebih besar cabarannya. Tanpa kegagalan waktu UPSR ni, adik akan terus hidup secara auto-pilot, dan mungkin tak akan lalui apa yang adik telah lalui ketika ini. Percayalah, tanpa ketabahan dan kekentalan hati dalam tempoh setahun-dua ini, mungkin kegagalan lebih besar akan menimpa.
- I am glad you learned your lesson. Bersyukurlah atas keputusan yang biasa-biasa ketika UPSR ni. It made you, from a shy boy yang tak comel to man of steel yang tak hensem. Ok lah tu, kita dah sort the internal thing out.
- Bersyukur juga adik dapat masuk SABS. Bagus sangat tu. Walaupun SMART kononnya lebih bagus, tapi SMART tak best macam SABS. Tiga tahun di SABS, prepares you for a lot. SMART tak akan boleh bagi apa yang SABS bagi, that cultural diversity. Dan kalau masuk sekolah-sekolah lain yang lebih dekat dengan rumah, life may turn out significantly different. Walaupun adik sentiasa rasa yang SABS ni bukan sekolah adik, dan sekadar persinggahan sebelum ke MRSM atau SBP, sebenarnya SABS ni adalah truly sekolah adik. SABS ni adalah jiwa adik. Premier, tapi membumi dengan a lot of toleransi. Nama pun SABs.
- Knowing what I know now, I will not change a thing. You are on the right track. Jalan terus, keep your chin up. Bertabahlah, sikit sahaja lagi. Teruskan mendalami bidang personal development. Belajar betul-betul supaya boleh keluar dari rumah tanpa perlu lari dari rumah, berkawan dengan orang-orang yang baik.
- Kalau ada pun yang penambahan yang boleh dibuat ada 2 benda. Pertama, jadi lebih aktif dalam unit beruniform. Join Emirin volunteer PBSM dekat stadium dan kedua, belajar takcle awek cina, jangan desperate pandang awek Melayu. Nanti pasal awek Melayu, kita cerita dalam surat seterusnya bila adik dah besar sikit.
All the Best. Stay Strong. Your Time is Coming.
Sabri
Your 36 years old self.
———–
Breakfast: Mee goreng ayam
Lunch: Nasi putih, ayam goreng dan sayur kurma
Dinner: Nasi putih, ayam kam heong, sayur dengan tofu dan kek coklat.
Finally, makanan Malaysia yang berbeza dan lama tak makan. Habis nasi malam ni.