Hari ini saya mendapat perkhabaran yang adik ipar saya dimasukkan ke ICU kerana jangkitan paru-paru (bukan Covid). Beliau masih boleh bercakap dan relatively okay, cuma menanti waktu untuk pembedahan.

Terkejut juga kami mendengarnya.

Saya doakan beliau segera sembuh seperti sediakala.

Saya juga menelefon adik saya bertanyakan keadaan beliau dan anak-anak saudara saya, nampak macam she is holding up. Cuma saya tak pasti lah sama ada beliau cuba cover kebimbangan beliau atau apa.

Saya call juga adik bongsu saya, supaya dapat menemani adik saya yang kedua, just in case. Sebagai sokongan moral. At least sementara saya masih belum boleh keluar dari kuarantin ni.

Kanak-kanak ada masalah. Remaja ada masalah. Dewasa pun ada masalah. Semoga semuanya dipermudahkan dan berakhir dengan kegembiraan.


Breakfast: French toast, omellete dan sausage
Lunch: Nasi, ikan goreng mamak, kari kacang kuda, yogurt
Dinner: Nasi, Butter Chicken, satar ikan berbijan (chinese style)

Join Me in My Quest
To live, learn & spread the love in this world.
Will share with you tips, updates & latest books recommendation.